Hayabusa2 Berjaya Mengembalikan Sampel Permukaan Asteroid Ke Bumi

Hayabusa2 Berjaya Mengembalikan Sampel Permukaan Asteroid Ke Bumi

Diterbitkan pada Dis 7, 2020 oleh .

Enam tahun yang lalu, proba angkasa lepas Hayabusa2 dilancarkan dari Jepun untuk mis mengambil sampel dari asteroid Ryugu. Semalam misinya berakhir selepas proba ini berjaya memulangkan sampel yang dikutip kembali ke bumi.

Bekas sampel berjaya dikutip – JAXA

Proba seberat 16 kilogram kembali ke bumi dan mendarat di Australia awal pagi semalam. Menurut JAXA, sampel yang dikumpul akan membantu ahli sains memahami sejarang pembentukan galaksi dengan lebih mendalam. Tiada maklumat berapakah jumlah sampel yang berjaya di bawa pulang tetapi JAXA berharap ianya sekitar 100 mg. Ini ialah misi kedua yang berjaya memulangkan sampel dari asteroid ke bumi dan kedua-duanya dilakukan oleh JAXA.

Hayabusa2 mendarat di Ryugu, sebuah asteroid sebesar 1 kilometer pada tahun 2018 selepas perjalanan selama tiga tahun. Pada tahun 2019 ia melakukan perjalanan pulang semula ke bumi. Walaupun misi mengumpul sampel telahpun tamat, misi Hayabusa2 masih belum berakhir. Ia akan meneruskan misi memantau dua lagi asteroid sehingga 2031



Paling Popular