Aptera Ialah Kereta Elektrik Yang Tidak Perlu Dicas Sepanjang Hayat

Aptera Ialah Kereta Elektrik Yang Tidak Perlu Dicas Sepanjang Hayat

Diterbitkan pada Dis 7, 2020 oleh .

Tumit Achilles kereta elektrik ialah ia masih tidak mempunyai jarak perjalanan sebaik kereta berkuasa bahan api fosil. Di Malaysia kesukaran untuk mengecas ketika berada di luar rumah turut menjadi tembok penghalang penggunaannya secara lebih meluas. Kereta Aptera yang mula dijual hujung minggu lalu akan menyelesaikan dua masalah besar ini.

Menurut pengeluar Aptera, kereta elektrik dengan teknologi Never Charge keluaran mereka ini tidak perlu dicas sepanjang hayat penggunaan. Panel solar sebesar 3 meter persegi pada bahagian bumbung mampu memberikan jarak perjalanan 70 kilometer sehari. Tiga model ditawarkan dengan bateri yang menawarkan jarak operasi dari 400 hingga 1600 kilometer.

Setiap Aptera boleh membawa dua penumpang dengan konfigurasi tiga tayar. Walaupun berkuasa elektrik ia memerlukan 3.5 saat untuk mencecah kelajuan 100 km/j dari pegun dan kelajuan maksimum sekitar 175 km/j.

Jika kuasa solar masih belum mencukupi, ia boleh dicas menggunakan palam kuasa dengan kadar 20 kilometer sejam atau sehingga 800 kilometer sejam menggunakan palam kuasa DC. Tempahan telah dibuka dengan harga jualan di antara $25,900 (~RM106,000) hingga $46,000 (~RM187,000) sebuah bergantung kepada kapasiti bateri.



Paling Popular