Kamera Swafoto Mi 10 Ultra Menerima Skor DxOMark Sebanyak 88 Mata – Di Belakang Huawei P30 Pro Dan iPhone 11

Kamera Swafoto Mi 10 Ultra Menerima Skor DxOMark Sebanyak 88 Mata – Di Belakang Huawei P30 Pro Dan iPhone 11

Diterbitkan pada Dis 7, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 10 Ultra adalah peranti mercu paling premium, berkuasa dan hebat dari Xiaomi. Ia hadir dengan kamera 108MP, skrin 120Hz, menyokong 120W pengecesan pantas, 120 kali zum digital. Peranti ini juga menjadi terawal memegang takhta DXOMark sebelum Huawei Mate 40 Pro dilancarkan.

Terkini, DXOMark telah menerbitkan skor penanda aras kamera swafoto Mi 10 Ultra pula.

Kamera swafoto peranti ini menerima skor sebanyak 88 sahaja dan berada di tangga ke-22. Berbeza dengan kamera utama peranti ini yang hebat, kamera swafoto adalah biasa-biasa sahaja dan tidak menarik perhatian. Malah skor ini adalah di belakang Huawei P30 Pro dan iPhone 11.

Menurut DXOMark, kamera swafoto Mi 10 Ultra tidak mempunyai dynamic range yang baik, hanya mempunyai sistem fokus tetap, tidak mempunyai medan jelas yang baik (depth of field) serta warna yang tidak menarik. Ia hanya bagus apabila mengambil gambar di suasana dengan cahaya yang terang sahaja. Untuk video swafoto, kebaikannya hanya berada di bahagian penstabilan sahaja.


Paling Popular