Cari @ Amanz

Dalam artikel yang lepas, kami ada berkongsi mengenai siri Vivo X60 yang dikatakan mungkin dilengkapi paparan berlubang pada bahagian tengah. Ia bagaimanapun, tidak pula mendedahkan rekaan belakang peranti. Sehinggalah hari ini, ia dikatakan tertiris sekali lagi dalam imej sebenar yang memperlihatkan rekaan secara penuh.

Dapat dilihat, rekaan pada panel belakang peranti masih sama dengan pendahulunya, siri Vivo 50. Menggunakan modul kamera berbentuk segi empat tepat, tetapi masih tidak jelas mengenai bilangan sensor padanya. Turut kelihatan, peranti pintar ini dilihat menampilkan paparan dengan bezel yang nipis di sisi. Selain, skrin hadapan jenis berlubang pada bahagian tengah. Melaluinya, kita boleh kata ia sedikit sebanyak seakan mengiyakan rekaan imej yang tertiris sebelum ini.

Setakat ini, pelbagai spekulasi mengenai peranti telah didengari. Ia termasuklah, Vivo dijangka memperkenalkan sekurang-kuranya tiga model berbeza iaitu Vivo X60, Vivo X60 Pro dan Vivo X60 Pro+. Ia juga dipercayai hadir dengan cip Exynos 1080 dan pengecasan pantas 33W. Namun, turut terdapat dakwaan yang mengatakan Vivo X60 Pro+ mungkin menggunakan cip Snapdragon 888 yang dilancarkan baru-baru ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd