Sidekick – Pelayar Web Yang Dioptimasikan Untuk Pekerjaan Dan Produktiviti

Sidekick – Pelayar Web Yang Dioptimasikan Untuk Pekerjaan Dan Produktiviti

Diterbitkan pada Dis 7, 2020 oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah pekerjaan yang bergantung untuk anda bekerja menggunakan pelayar web pada majoriti masa. Ini sekaligus melibatkan penggunaan sejumlah aplikasi berasaskan web dalam menyelesaikan tugasan.

Dalam usaha memudahkan perkara berkenaan, sebuah pelayar web baru kini hadir, dinamakan sebagai Sidekick.

Sidekick merupakan pelayar web berasaskan kepada enjin Chromium, sekaligus membolehkan penggunaan pemalam Chrome, dan menawarkan sejumlah ciri-ciri yang terdapat pada Chrome.

Tambahan untuknya, Sidekick turut menawarkan sebuah bar pada bahagian tepi yang memudahkan anda mengakses aplikasi yang sering digunakan dalam tugasan harian. Aplikasi ini dipinkan pada bahagian tepi pelayar web, dan tidak menganggu bahagian tab pelayaran web yang terdapat pada bahagian atas.

Disamping itu, Sidekick turut menyertakan sokongan carian universal meliputi sejarah pelayaran web dan juga aplikasi web.

Menariknya juga, pelayar web ini hadir dengan sokongan untuk menghalang pengiklanan dan penjejak. Tambahan lagi, ia turut menyertakan sokongan untuk menjedakan sesuatu tab yang tidak digunakan seketika – sekaligus memastikan pelayar web kekal beroperasi dengan lancar tanpa menggunakan memori yang tinggi.

Sidekick ditawarkan secara percuma, dan turut hadir dengan pelan langganan menyertakan ciri tambahan. Untuk menggunakan ciri-ciri pada pelayar web ini juga, pengguna perlu mendaftar akaun percuma dengan Sidekick.

Daripada percubaan saya sendiri, saya dapati produktiviti lebih meningkat, disamping pelayaran yang lebih tersusun tanpa gangguan – disamping memudahkan semakan sejumlah perkara dari semasa ke semasa dengan mudah. 

Bagi anda berminat, boleh memuat-turun Sidekick hari ini melalui laman rasmi mereka.

Muat-Turun Sidekick untuk desktop


Paling Popular