Cari @ Amanz

Gucci kini hadir dengan penawaran beg khusus untuk AirPods Pro, membolehkan anda menyimpan fon telinga nirwayar keluaran Apple, dan pada masa yang sama, memakainya dan membawanya dengan mudah.

Gucci mengatakan rekaan ini hadir diinspirasikan oleh sejumlah beg tangan di pasaran, dan menggunakan tali berasaskan kulit yang boleh dipakai dalam beberapa kaedah berbeza.

Gucci telah pun menyenaraikan penawaran beg khas untuk AirPods Pro ini melalui laman rasmi mereka pada harga $1,100 iaitu sekitar RM4.5k.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd