Cari @ Amanz

Tahun ini merupakan tahun kegemilangan bagi jenama realme. Hal ini kerana hampir setiap bulan untuk sepanjang tahun ini realme melancarkan pelbagai peranti terbaru mereka, sekaligus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang lebih gemar akan produk daripada kelas pertengahan dan juga permulaan. Baru-baru ini juga realme telah melancarkan model baru untuk siri realme 7, iaitu realme 7 5G.

Jelas pada namanya, realme 7 5G ini menyokong rangkaian 5G yang mana kita sedia maklum, rangkaian ini akan dilancarkan secara meluas dan berperingkat kelak. Namun apa kelebihan teknologi 5G ini pada telefon pintar? Sudah tentu dari segi rangkaiannya, ia dapat menyokong rangkaian internet dengan lebih baik bagi memberikan kadar responsif yang mengagumkan pada peranti. Sekiranya anda gemar bermain permua juga, realme 7 dengan sokongan 5G ini mampu untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih mendalam. Hal ini kerana proses muat turun melalui telefon pintar yang menyokong 5G adalah lebih laju, malah kadar pendam (latency) juga dapat dikurangkan. Ini sekaligus dapat memberikan pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan kepada pemain.

Ditambah pula dengan janaan cip MediaTek Dimensity 800U 5G pada realme 7 5G, ia menjadikan peranti ini dapat berfungsi dengan lebih baik bagi sokongan 5G. Cip Dimensity 800U ini menggunaan binaan 7nm lapan-teras yang menggabungkan 2 ARM Cortex-A76 2.4GHz + 6 ARM Coretx-A55 2.0GHz. GPU pula adalah Mali-G57 dengan cip kecerdasan buatan tersendiri dan menyokong storan jenis UFS 2.1 serta memori RAM LPDDR4X. Dengan binaan cip ini pada peranti, ia menjadikan realme 7 5G sebagai peranti yang pertama di Malaysia yang hadir dengan cip pemprosesan ini. Umum mengetahui bahawa MediaTek merupakan satu-satunya jenama yang mengeluarkan pelbagai jenis cip pemprosesan dengan sokongan 5G untuk pelbagai kelas peranti. Jadi, tidak hairanlah sekiranya cip pemprosesan ini berfungsi dengan baik sekali pada realme 7 5G yang merupakan peranti daripada kelas pertengahan yang premium.

Malah, Dimensity 800U ini juga dilihat sebagai pesaing kepada cip Snapdragon 765 di dalam peranti kelas pertengahan yang ingin menyokong rangkaian 5G. Namun jika dibandingkan dengan tahap prestasi antara kedua-dua cip pemprosesan ini, realme menyatakan bahawa Dimensity 800U pada realme 7 5G ini hadir dengan tanda aras AnTuTu melebihi 340,000. Sekiranya kita bezakan pula dengan siri MediaTek Dimensity 700, prestasi cip Dimensity 800U ini dikatakan 11% lebih laju pada CPU dan 28% lebih pantas untuk prestasi GPU. Oleh itu, melalui binaan cip MediaTek Dimensity 800U 5G yang serba laju ini, anda boleh mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar tanpa sebarang masalah lengah masa.

Jika anda gemar bermain permua juga, rekaan yang dibina pada realme 7 5G ini juga dapat memberikan kepuasan bermain permua kepada anda. Melalui sokongan skrin kadar segar semula 120Hz dengan saiz seluas 6.5 inci, ia dapat meningkatkan lagi prestasi permainan anda agar menjadi lebih lancar dan memberikan keseronokkan apabila bermain permua. Bukan sekadar itu sahaja, realme 7 5G ini juga mempunyai kadar segar semula 100% lebih tinggi jika dibandingkan dengan paparan 60Hz yang biasa. Dibantu pula dengan kadar sentuhan sehingga 180Hz dan juga 5G, menjadikan paparan dan proses tatalan bertambah responsif apabila anda bermain permua.

Telefon pintar dengan kadar segar semula yang tinggi juga memberi kesan kepada penggunaan bateri. Namun anda tidak perlu risau sekiranya anda memiliki realme 7 5G ini. Ini kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang boleh dicas penuh dalam tempoh hanya 65 minit sahaja, dan sebanyak 50% dalam masa 26 minit. Pengecasan ini juga dibantu oleh sokongan pengecasan 30W Dart Charge.

Namun, sekiranya anda ingin mengurangkan lagi penggunaan bateri, anda hanya perlu mengaktifkan mod Super Power Saving pada telefon pintar ini. Melalui mod ini, anda boleh memilih sehingga 6 aplikasi yang sering digunakan untuk mengoptimasikan penggunaan bateri dengan lebih startegik. Jadi, jika anda gemar bermain permua, anda boleh aktifkan mod ini pada permua pilihan anda. Menurut realme juga, mereka telah menjalankan ujian keatas mod ini pada realme 7 5G mereka dan menyatakan bahawa hanya 5% bateri digunakan untuk aplikasi permesejan WhatsApp selama 70 minit atau mendengar lagu di Spotify selama 5 jam. Ini jelas menunjukkan bahawa mod ini sangat membantu dalam mengoptimasikan penggunaan bateri peranti.

realme turut menyertakan fungsi khas untuk paparan bagi realme 7 5G yang membolehkan anda untuk menambahkan lagi keseronokkan bermain permua atau menggunakannya dalam satu tempoh masa yang lama. Antaranya adalah:

Auto-select Screen Refresh Rate – Fungsi ini memberi pilihan kepada anda untuk memilih kadar segar semula yang terbaik secara automatik untuk setiap aplikasi.

Eye Protection – Rasa tidak selesa pada mata dapat dikurangkan apabila anda menonton video atau bermain permua dalam tempoh masa yang lama kerana fungsi ini membantu untuk melaraskan pewarnaan suhu pada skrin.

OSIE – Fungsi ini akan membantu untuk melaraskan paparan anda agar menjadi lebih menonjol dari segi pewarnaan apabila ditonton.

Punch-hole Light Effect – realme menyertakan ciri nyalaan lampu pada lingkaran lubang kamera hadapan apabila anda ingin berswafoto dan juga nyah guna peranti berasaskan wajah.

Jadi, sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon pintar dengan kapasiti bateri yang besar, sesuai untuk bermain permua dan menyokong rangkaian 5G, anda perlu memilih realme 7 5G ini. Hal ini adalah kerana ia dilengkapi dengan spesifikasi yang membantunya untuk beroperasi dengan lebih laju, terutamanya dengan janaan cip MediaTek Dimensity 800U. realme 7 5G ini membawakan tanda harga RM1,299 untuk pasaran Malaysia, dan akan mula dipasarkan bermula esok 18 Disember 2020 melalui kedai atas talian mereka di Lazada. Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan peranti ini, boleh rujuk laman rasmi realme atau pengedar-pengedar mereka di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd