Cari @ Amanz

HMD Global dilihat dalam perancangan untuk sebuah lagi peranti baharu iaitu Nokia 5.4. Peranti ini juga dilaporkan telah melepasi pangkalan data FCC dan pelbagai spekulasi serta andaian mula timbul mengenainya. Dalam perkembangan terkini, spesifikasi penuhnya pula dikatakan tertiris dengan memperlihatkan ianya bekemungkinan hadir dengan sokongan cip Snapdragon 662.

Ia juga dipercayai menggunakan panel jenis IPS LCD berukuran 6.39-inci dengan resolusi HD+. Ia bagaimanapun, belum dapat dipastikan jenis rekaan untuk panel hadapan yang akan digunakan. Melengkapinya juga adalah memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Konfigurasi kamera pula dikhabarkan terdiri dengan sistem kuad kamera dengan sensor utama 48-Megapixel, sementara kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk sambungan port USB-C, bicu audio 3.5mm, sokongan microSD sehingga 256GB, dilengkapi sistem operasi Android 10 dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Blue serta Purple.

Nokia Bendera

Bagaimanapun, perlu diingatkan maklumat dikongsi ini masih lagi diperingkat ura-ura dan belum diketahui mengenai kesahihannya. Tapi jika ianya benar, kongsikan pendapat anda mengenai penawaran ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd