Carian
Markah Penanda Aras Peranti Lenovo Dengan Snapdragon 662 Tertiris
December 7, 2020 Amy Maizuraa

Sedia maklum, Lenovo kini dalam persiapan untuk pelancaran siri Lenovo Lemon K12. Masih belum dapat dipastikan berapa buah model yang bakal dilancarkan. Namun, ada desas-desus mengatakan siri ini mungkin hanyalah Moto G9 Power yang dijenamakan semula. Tetapi ia masih belum disahkan lagi buat masa ini.

Dalam perkembangan terkini, sebuah peranti Lenovo dengan nombor model Lenovo XT2091-7 telah tersenarai di Geekbench. Sumber turut menyatakan model dengan kod nombor yang sama ini turut telah ditemui di sejumlah pangkalan data lain termasuk TEENA dan FCC.

Berbalik pada penyenarain Geekbench, ia mendedahkan peranti ini dipercayai hadir dengan 4GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 10. Maklumat mengenai pemproses masih belum didedahkan secara khusus, tetapi kod nama ‘Cebu’ dikatakan berkait rapat dengan cip Snapdragon 662.

Biarpun belum ada kepastian, namun ura-ura mengatakan ia mungkin dilancarkan sebagai Lenovo K12 Pro kelak. Walau bagaimanapun, maklumat tertiris ini masih di peringkat ura-ura dan belum disahkan sepenuhnya.

Komen