Apple Merancang Memperkenalkan Siri Pemprosesan Mac Baru Pada Awal 2021 – Menguji Rekaan 16-Teras Dan 32-Teras

Apple Merancang Memperkenalkan Siri Pemprosesan Mac Baru Pada Awal 2021 – Menguji Rekaan 16-Teras Dan 32-Teras

Diterbitkan pada Dis 7, 2020 oleh .

Apple kini dilaporkan sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan siri cip pemprosesan Mac terbaru pada awal 2021 – sekaligus menyasarkan untuk mengatasi penawaran Intel.

Apple pada hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan Apple M1 untuk komputer – dan sebanyak tiga komputer menggunakannya telah diperkenalkan, dan telah mula dipasarkan dibeberapa buah negara.

Mengikut beberapa laporan awal, ia diperkatakan penawaran Apple berjaya mengatasi prestasi yang ditawarkan oleh pihak Intel. Apple sedia menggunakan cip Apple M1 ini pada MacBook Air, MacBook Pro dan juga Mac Mini.

Bergerak kehadapan, Apple diperkatakan sedang lebih melihat kepada pengenalan cip lapan teras dan 12 teras – tetapi pada masa yang sama turut sedang membangunkan rekaan 16-teras.

Apple turut diperkatakan akan menguji rekaan cip sehingga 32-teras untuk Mac Pro yang dirancang pengenalan pada 2022 kelak. Seperti semua sedia maklum, Apple menggunakan rekaan berasaskan Arm yang menawarkan prestasi baik, dan penggunaan tenaga yang lebih efisien, selain membolehkan peranti sentiasa kekal beada dalam keadaan aktif.

Apple sebelum ini telah memperkatakan mereka akan beralih sepenuhnya kepada cip pemprosesan buatan sendiri menjelang 2022, dan tidak lagi akan menggunakan cip dari Intel.


Paling Popular