LG Sedang Membangunkan Pintu Gelangsar Menggunakan Skrin OLED Lutsinar
LG

LG Sedang Membangunkan Pintu Gelangsar Menggunakan Skrin OLED Lutsinar

Diterbitkan pada Dis 7, 2020 oleh .

LG merupakan salah satu syarikat dari Korea Selatan yang turut memfokuskan kepada pembangunan skrin selain daripada Samsung. Terbaru, LG mengumumkan mereka bekerjasama dengan Assa Abloy dalam membangunkan pintu gelangsar menggunakan skrin OLED lutsinar.

LG Pintu Lutsinar OLED

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini pelbagai pasaraya menggunakan pintu gelangsar kaca biasa. Dengan menggunakan pintu gelangsar berasaskan OLED, ia sekaligus akan membolehkan pemilik bangunan memperlihatkan iklan padanya, atau sebarang maklumat penting.

LG Pintu Lutsinar OLED

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui dimanakah panel ini akan dipasang terlebih dahulu. Dengan dunia bergerak lebih ke arah digital, tidak mustahil kita melihat implementasi pintu gelangsar berasaskan skrin OLED lutsinar ini di pelbagai bangunan seluruh dunia pada masa akan datang.



Paling Popular