Cari @ Amanz

Selepas sekitar tujuh dekad, kini Ikea mengumumkan mereka akan menamatkan percetakkan katalog tahunan mereka.

Katalog pertama IKEA telah diterbitkan pada 1951 yang lepas, dimana ketika itu sebanyak 285,000 salinan telah dicetak dan diedarkan di Sweden. Sejak daripada itu, ia telah diperluaskan, dan pada tahun 2000 kita menyaksikan penerbitan katalog IKEA secara bercetak dan secara digital.

Pada 2016 yang lepas, IKEA mengatakan mereka telah mengedarkan sekitar 200 juta salinan katalog IKEA di lebih 50 pasaran seluruh dunia.

Apa pun, kini IKEA mengumumkan mereka akan menamatkan percetakkan katalog IKEA mereka. Langkah ini selari  dengan peralihan ke arena digital – apatah lagi kini pengguna mendapatkan inspirasi secara atas-talian dan menyemak web.

Sebelum ini, katalog IKEA sering mendapat perhatian ramai, malah menjadi penantian ramai peminat dekorasi dalam mendapatkannya.  Sebelum ini, kita sedia melihat IKEA bereksperimen dengan beberapa perkara, termasuk penggunaan integrasi realiti-terimbuh dan juga kotak katalof seumpama Apple iPad.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd