Samsung Dijangka Tidak Akan Menyertakan Kepala Pengecas Dan Fon Telinga Bersama Galaxy S21

Diterbitkan pada Dis 8, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia membuang penawaran kepala pengecas dan fon telinga melalui telefon terbaru keluaran mereka – mengatakan ramai pengguna sedia mempunyai pengecas di rumah, dan langkah ini akan menjadikan mereka lebih mesra alam.

Ketika itu, ramai yang perli keputusan pihak Apple. Sejak daripada itu, beberapa desas-desus turut telah hadir, memperkatakan Samsung turut akan melakukan perkara sama.

Kini, melalui dokumentasi yang ditemui di Brazil, Samsung dilihat tidak lagi menyertakan pengecas bersama Galaxy S21 yang dijangka diumumkan pada awal 2021 kelak.

Selain kepala pengecas, Samsung juga dilihat tidak menyertakan fon telinga bersama kotak pembelian.

Kita sedia mendengar mengenai perkara ini sejak beberapa bulan lepas, dan mungkin hal ini tidak mengejutkan ramai.

Berkemungkinan kita akan melihat Samsung hadir dengan penawaran promosi khas bersama fon telinga nirwayar mereka ketika pelancaran telefon pintar baru ini kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pada awal 2021 ini ketika pelancaran Galaxy S21 untuk melihat apakah langkah Samsung berkenaan hal ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami