Ini Adalah Selebriti Yang Paling Banyak Disebut Di Twitter Pada 2020

Diterbitkan pada Dis 8, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disamping berkongsi berkenaan kata tagar yang popular di Twitter sepanjang 2020, pihak Twitter kini turut berkongsi berkenaan dengan selebriti yang paling banyak disebut di laman sosial berkenaan sepanjang 2020 ini.

Menduduki tangga teratas adalah @neelofa, dan diikuti oleh @actorvijay, @msuppasit dan @yunamusic.

Secara keseluruhan, boleh dilihat yang mana pengguna tempatan bukan sahaja menyebut nama artis antarabangsa pada tweet-tweet yang dihantar, tetapi turut cuba berinteraksi dengan selebriti tempatan seperti @neelofa dan juga @yunamusic.

Selain selebriti berseorangan, kumpulan K-Pop juga agak popular di Malaysia, dan antara yang banyak disebut adalah @BTS_twt, @weareoneexo dan juga @pledis_17.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami