Cari @ Amanz

WinRAR merupakan salah satu perisian yang sangat popular di komputer. Perisian ini sering digunakan untuk nyah-mampat sesuatu fail atau folder yang telah dimampatkan ke format ZIP, RAR dan sebagainya.

Terbaru, pembangunnya RARLAB telah memperkenalkan WinRAR 6.0 kepada umum dalam variasi 32-bit dan 64-bit untuk Windows, selain RAR 6.0 untuk Linux dan macOS.

Versi baru ini lebih kepada menyelesaikan sejumlah pepijat yang telah dikenal-pasti, selain menambah-baik pemprosesannya. Beberapa perubahan adalah termasuk kini ciri “Move to Recycle Bin” yang meletakkan fail arkib yang dimampatkan ke dalam Recycle Bin dan tidak memadamnya terus.

Bagi anda yang menggunakan WinRAR, boleh mengemaskini perisian anda ke versi terbaru, dan mengambil beberapa kelebihan yang dibawakan oleh versi baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd