Pengguna Stadia Boleh Menstrim Terus Ke YouTube Esok – Perkhidmatan Ditawarkan Ke 8 Lagi Negara

Pengguna Stadia Boleh Menstrim Terus Ke YouTube Esok – Perkhidmatan Ditawarkan Ke 8 Lagi Negara

Diterbitkan pada Dis 8, 2020 oleh .

Stadia menjanjikan perkhidmatan penstriman permainan video terus dari awanan tanpa memerlukan sebuah konsol. Permainan video dengan tetapan grafik tinggi boleh dinikmati pada telefon pintar, tablet, PC dan televisyen pintar. Bermula esok, ciri menstrim terus ke YouTube akhirnya akan diaktifkan.

Google Stadia

Pilihan untuk menstrim ke YouTube mula muncul pada antaramuka pengguna YouTube hari dan ditemukan oleh 9to5Google cuma masih belum boleh diaktifkan. Ia akan diaktifkan esok serentak dengan pelancaran Cyberpunk 2077 yang turut ditawarkan pada platform ini. Yang masih belum disokong ialah ciri penonton YouTube untuk melancarkan permainan yang ditonton terus dari YouTube.

Dalam perkembangan yang sama, Stadia kini ditawarkan di lapan lagi negara di Eropah iaitu  Austria, Czechia, Hungary, Poland, Portugal, Romania, Slovakia dan Switzerland. Ia kini boleh diakses oleh pengguna di 22 negara seluruh dunia.



Paling Popular