Sekali lagi Vivo dilihat memperluaskan penawaran siri Y menerusi model Vivo Y52s. Katanya, peranti pintar ini baru sahaja ditemui menerusi laman web China Telecom dengan sejumlah spesifikasi. Tetapi, ia kini telah mula disenaraikan di kedai atas talian di China, JD.Com yang mana akan mula ditawarkan pada 12 Disember kelak.

Dari segi spesifikasi, Vivo Y52s dilengkapi skrin 6.58-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 720 yang membolehkan peranti menyokong sambungan 5G (SA/SNA), memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Konfigurasi kamera pula terdiri dengan sistem dwi-kamera utama 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman) . Sementara, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel yang diletakkan pada takuk kecil di skrin hadapan.

Spesifikasi lain termasuk bateri 5,000mAh (USB-C) dengan pengecasan 18W, antaramuka FunchTouchOS 10.5 berasaskan Android 10, pengimbas cap cari sisi dan bicu audio 3.5mm. Vivo Y52s ditawarkan pada harga RMB1,598 (~RM994) untuk 6GB +128GB, sementara varian 8GB+128G pula berharga RMB1,798 (~RM1,119).
Sebagai selingan, Vivo juga baru sahaja memperkenalkan Vivo Y20s untuk pasaran tempatan. Kepada anda berminat, ia boleh didapati pada harga RM899 untuk sebuah menerusi sejumlah platform berbeza seperti Lazada, Shopee dan kedai atas talian Vivo.