Google Pixel Feature Drop adalah kemaskini kecil yang memfokuskan pemberian fungsi dan ciri baharu tanpa memerlukan kemaskini sistem yang besar. Kemaskini ini ditawarkan pada semua peranti Pixel yang masih mempunyai sokongan kemaskini. Kebiasaannya, kemaskini ini membawakan banyak fungsi dan ciri baru dari peranti Pixel baharu ke peranti-peranti Pixel lama.

Antara perkara baru dalam kemaskini ini adalah “Adaptive Sound” dan “Now Playing”. Adaptive Sound adalah fungsi penyama yang melaras pembesar suara peranti pengguna mengikut keadaan sekeliling. Now Playing pula kini sejarah muzik yang dikesan oleh peranti boleh dijadikan senarai main dalam YouTube Music.

Seterusnya adalah Adaptive Charge dan Adaptive Connectivity. Satu untuk pengecasan, yang mana perisian boleh mengawal kuasa pengecasan secara dinamik untuk kesihatan bateri. Lagi satu adalah untuk penggunaan 5G dan 4G yang lebih efisien seakan iPhone 12. GPS pula kini lebih jitu untuk pengguna yang kerap berjalan kaki dan Google Lens menjadi lebih pintar dengan boleh membuat penterjemahan pantas.
Pengguna Pixel turut mempunyai lebih banyak pilihan kustomasi. Antaranya adalah menggunakan tema The Mandalorian, mengubah susun atur skrin utama, saiz grid, bentuk ikon aplikasi dan juga gambar latar dari Google Arts & Culture. Fungi yang sedia ada pada Pixel 5 dan Pixel 4a 5G kini diedarkan kepada pengguna Pixel 3 dan ke atas – iaitu Hold for me dan Extreme Battery Saver.

Perkongsian skrin Google Duo turut diedarkan bersama-sama dengan Google Photos serba baharu yang boleh mengubah langit dan lebih banyak pilihan suntingan. Di bawah ini adalah senarai peranti Pixel yang menyokong kemaskini ini.
