Carian
MSI
MSI Kerugian RM1.3 Juta Akibat Rompakan Sejumlah Besar Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 Mereka
December 8, 2020 Nazrin

MSI, jenama teknologi yang terkenal dari Taiwan untuk pembangunan siri komponen dan komputer baru-baru ini telah dikejutkan dengan kes kecurian yang sangat serius.

Ia telah dilaporkan bahawa sebanyak 40 kotak kargo yang mengandungi kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 telah dirompak dari kilang mereka di China baru-baru ini, dan kes tersebut telah membuatkan mereka mengalami kerugian sebesar $340,000 (~RM1.3 juta).

Seperti yang sedia maklum, siri kad grafik NVIDIA GeForce terbaru kini menghadapi masalah kekurangan stok secara global yang dijangka akan terus berkekalan sehingga tahun hadapan.

Pihak MSI dikatakan telah membuat laporan polis mengenai kes kecurian tersebut, dan menurut laporan Tom’s Hardware, terdapat kemungkinan bahawa kotak-kotak kargo tersebut telah dicuri oleh orang dalam, kerana sistem keselamatan didalam kilang MSI tersebut adalah cukup ketat dan sebarang kenderaan yang keluar dan masuk dari kilang-kilang mereka akan melalui pemeriksaan sekuriti.

MSI juga telah mengeluarkan notis dengan ganjaran sebanyak $15,000 untuk sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kad-kad grafik yang dicuri tersebut, dalam harapan untuk mendapatkannya kembali.

Komen