Sokongan Kemaskini OnePlus 8 Akan Tamat Pada April 2023 Dan OnePlus Nord Pada Julai 2023

Sokongan Kemaskini OnePlus 8 Akan Tamat Pada April 2023 Dan OnePlus Nord Pada Julai 2023

Diterbitkan pada Dis 8, 2020 oleh .

OnePlus sedia terkenal dengan sokongan kemaskini yang pantas, yang mana kadangkala lebih pantas dari Pixel untuk peranti-peranti mereka. OnePlus menjanjikan sokongan kemaskini selama 3 tahun, iaitu dua tahun kemaskini sistem dan 3 tahun kemaskini tampalan sekuriti.

Terkini, OnePlus telah menerbitkan tarikh tamatnya sokongan untuk tiga peranti OnePlus. OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro akan ditamatkan sokongannya pada April 2023. Manakala OnePlus Nord pula akan ditamatkan pada Julai 2023. Tarikh bagi OnePlus 8T masih belum diterbitkan, memandangkan ia dilancarkan pada bulan Oktober lalu – ia mungkin akan tamat pada Oktober-November 2023.

OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro sudah pun menerima kemaksini sistem pertama – iaitu Oxygen OS 11 berasaskan Android 11. OnePlus Nord pula masih belum ada khabar lagi. Sebagai peringatan, siri OnePlus 8 adalah peranti mercu pertama OnePlus pada tahun ini yang hadir dengan Snapdragon 865, skrin 120Hz, Warp Charge 30W berwayar (kedua-dua peranti) dan nirwayar 30W (Pro sahaja). Ia juga antara peranti termahal OnePlus pada tahun ini.


Paling Popular