iQOO adalah sub-jenama dari Vivo yang memfokuskan kepada peranti permua. Harga jualan peranti-peranti iQOO juga dilihat tidak masuk akal, walaupun mempunyai spesifikasi yang hebat. Sekelip mata sahaja, iQOO sudah berusia lebih satu tahun dan sudah mempunyai lima generasi peranti.

Peranti mercu mereka yang terkini adalah iQOO 5 Pro, yang mana tahun hadapan mereka akan hadir dengan iQOO 6 pula. Menurut peniris terkenal China DigitalChatStation, iQOO 6 akan mempunyai perubahan kecil sahaja daripada iQOO 5 Pro. Beza paling ketara adalah perubahan cip Snapdragon 865 ke Snapdragon 888 dan dari skrin melengkung kepada penggunaan skrin yang rata.
Bateri mungkin akan sedikit lebih besar dengan mengekalkan sokongan pengecasan pantas 120W. Kamera pula adalah tri-kamera 50MP, pilihan memori 12/256 GB dan akan menjalankan sistem operasi Andorid 11. Tidak pasti kenapa tiada perubahan besar pada peranti ini. Mungkin kerana mereka sudah hadir dengan peranti mampu milik dan pengguna sepatutnya bersyukur sahaja dengan penawaran yang ada pada peranti mereka. Sama-sama kita nantikan.