Terdapat banyak aplikasi mengambil nota yang sedia terbina dalam peranti yang anda miliki. Setiap jenama peranti akan mempunyai aplikasi mengambil nota sendiri seperti OnePlus, Xiaomi, Huawei, iPhone dan banyak lagi. Tetapi apakah aplikasi mengambil nota pilihan anda?
Seperti saya sendiri, saya menggunakan Google Keep untuk kesemua peranti saya tidak kira iPhone, iPad, komputer riba atau peranti Android. Ini kerana, Google Keeop menyokong rentas-platform dan mudah diakses di mana-mana sahaja. Semua nota yang saya catat akan disimpan secara awanan dan bila-bila masa saya ingin melihat nota saya ini – semua peranti di tangan boleh membukanya.
Terkini, Google Keep telah mencapai 1 bilion jumlah muat turun di Play Store. Jelas di sini, yang aplikasi ini meraih populariti yang baik. Baru tahun lepas, mereka mencapai 500 juta jumlah muat turun. Tidak sampai setahun, lagi lebih 500 juta sudah tercapai.
Adakah anda menggunakan Google Keep? Jika tidak, apakah aplikasi mengambil nota yang anda gunakan pada peranti?