Sewaktu acara pelancaran maya HP Omen 15, HP Malaysia turut memperlihatkan sejumlah aksesori-aksesori gaming yang meningkatkan pengalaman gaming pengguna.
Aksesori pertama ialah paparan skrin HP Omen 27i Gaming Monitor. Paparan skrin ini bersaiz 27 inci dan mempunyai resolusi QHD (2560×1440) dengan kadar segar semula 165Hz menggunakan panel Nano IPS yang hadir dengan warna yang jitu, menyokong gamut warna DCI-P3.

Ia juga menyokong teknologi paparan NVIDIA G-SYNC yang menjanjikan warna yang menyerlah, dan juga mengurangkan isu cerakan skrin yang diakibatkan oleh bahagian GPU dan paparan skrin yang tidak dapat menerima dan menunjukkan data grafik dengan selari.
Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah kerusi gaming untuk melengkapkan estetik bilik gaming anda, HP turut memperkenalkan sebuah kerusi gaming yang dinamakan Omen By HP Citadel Gaming Chair.

Kerusi gaming ini hadir dengan rekaan bucket seat dengan padding yang agak tebal bersama-sama dengan bantal belakang dan tengkuk untuk keselesaan pengguna.

Tempat sandar belakang dan rehat tangan di tepi juga boleh diubahsuai untuk keselesaan pengguna, dan rangka kerusi yang diperbuat daripada aluminum boleh menampung berat pengguna sehingga 140KG.
HP Malaysia turut membawa masuk dua aksesori gaming iaitu tetikus Omen Vector Mouse dan juga fon kepala Omen Blast Headset yang sangat padan dengan siri komputer riba HP dan Omen.

Tetikus Omen Vector Mouse menggunakan sensor OMEN Radar 3 yang hadir dengan tahap sensitiviti sehingga 16,000 DPI bersama-sama dengan suis butang Omron yang mempunyai jangka-hayat 50 juta klik.

Fon kepala Omen Blast Headset pula hadir dengan sistem audio 7.1 terbina didalam yang membolehkan anda mendengar arah pergerakan musuh dan kawan didalam permainan seperti mereka benar-benar berdekatan anda.

Menurut HP Malaysia, aksesori-aksesori ini juga sudah mula dijual melalui laman web HP Malaysia pada tanda-tanda harga berikut:
- HP Omen 27i Gaming Monitor – RM1799
- HP Omen by HP Citadel Gaming Chair – RM1399
- HP Omen Vector Mouse – RM189
- HP Omen Blast Headset – RM319