Cari @ Amanz

Sukan SEA 2021 bakal diadakan pada tahun hadapan, dan semestinya salah satu arena yang dinantikan ramai adalah berkaitan dengan esukan.

Terbaru, #TeamMalaysia berkongsi mengatakan senarai awal untuk permainan esukan telah menjadi pilihan penganjur Sukan SEA 2021 di Vietnam kelak.

Enam permainan berkenaan adalah Mobile Legends Bang Bang, Free Fire, Hearthstone, FIFA Online 4, Arena of Valor dan juga Starcraft.

Daripada apa yang dilihat, tiga permainan memfokuskan kepada permainan pada telefon, sementara tiga lagi memfokuskan pada komputer. Free Fire dan juga FIFA Online 4 juga ditambah buat pertama kalinya pada Sukan SEA, dan tidak disertakan pada Sukan SEA 2019 sebelum ini.

Buat masa ini, senarai ini adalah senarai awal untuk acara esukan pada Sukan SEA 2021. Sama-sama kita nantikan lanjut, termasuk perancangan pasukan tempatan dalam membawa pingat emas daripada acara berkenaan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd