Google Message merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang ditawarkan oleh Google. Selain daripada untuk SMS, ia turut menyokong permesejan seakan iMessage iaitu RCS. Seperti WhatsApp juga, ia turut menyokong permesejan melalui web. Lain-lain fungsi menarik adalah seperti organisasi mesej mengikut kategori, integrasi Google Assistant dan banyak lagi.
Untuk tujuan privasi dan sekuriti, terkini Google mengaktifkan sokongan penyulitan kepada beberapa pengguna beta. Dengan mengaktifkan sokongan penyulitan ini, hanya penghantar dan penerima sahaja yang boleh membaca mesej yang dihantar dan diterima – termasuk teks, gambar mahupun panggilan suara. Fungsi ini masih lagi beta, dan tidak semua pengguna boleh menikmatinya. Kemudian, yang dapat mengakses kandungan yang dihantar hanyalah pengguna dan tiada orang lain – walaupun pekerja Google sendiri.

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan penyulitan ini sejak beberapa tahun lepas, dan bermula hari ini, beberapa pengguna Google Message boleh mencubanya. Fungsi ini juga dilihat terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja. Bagi yang sudah menerima, “Chatting with [nama kenalan]” akan terpapar di ruangan perbualan bersama-sama dengan ikon mangga. Jika menggunakan Google Message pada versi web, mesej di platform tersebut turut akan disulitkan.