Cari @ Amanz

China dilaporkan telah membuang sebanyak 105 aplikasi termasuk salah satu aplikasi yang menjadi rujukan ramai untuk info sesuatu lokasi iaitu TripAdvisor daripada gedung aplikasi di negara tersebut. Difahamkan, pembuangan aplikasi ini bertujuan untuk menghapuskan mana-mana aplikasi yang dianggap menyebarkan kandungan berkaitan pornografi, pelacuran, perjudian dan juga keganasan.

Memetik laporan Reuters, setiap aplikasi yang dibuang ini didakwa telah melanggar sekurang-kurangnya satu daripada tiga undang-undang siber China.

Namun ia bagaimanapun, tidak pula dinyatakan secara jelas mengenai pelanggaran yang dibuat oleh setiap satu daripada aplikasi. Pada masa yang sama, pihak Tripadvisor juga dikatakan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd