Blanc Menawarkan Penutup Muka Penuh Pada Era Norma Baharu, Dilengkapi Penapis Udara

Blanc Menawarkan Penutup Muka Penuh Pada Era Norma Baharu, Dilengkapi Penapis Udara

Diterbitkan pada Dis 8, 2020 oleh .

Pada masa kini, ramai telah adaptasi gaya hidup dengan memakai pelitup muka ketika berada di luar. Ini sekaligus membawa kepada beberapa perekabentuk yang menguji rekaan baharu untuk pelitup muka.

Menariknya, di Kickstarter, salah satu projek dinamakan Blanc membawa ia setapak kehadapan dengan bereksperimen dengan sebuah penutup muka penuh.

Blanc Kickstarter

Dengan ini, ia melindungi keseluruhan muka, termasuk mata, hidung dan juga mulut. Penutup muka ini hadir dengan rekaan seumpama telur, seumpama yang digunakan dalam siri adiwira seperti Power Rangers dan lain-lain.

Pembangunnya mengatakan ia dilengkapi sejumlah pelindung, termasuk penapis HEPA untuk memastikan anda kekal bernafas dengan udara yang bersih dan bebas debu ketika memakainya.

Blanc Kickstarter

Penutup muka ini hadir dengan pilihan warna yang pelbagai, membolehkan anda mewarnakannya mengikut warna kegemaran anda. Bagi yang berminat, boleh menyokong projek ini di Kickstarter dengan mendapatkan penutup muka ini pada harga $79 iaitu sekitar RM321.


Paling Popular