Cari @ Amanz

Flipkart, salah satu laman edagang popular di India kini mengacah pengenalan komputer riba pertama dibawah jenama Nokia.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi. Laman rasmi edagang berkenaan mengacah komputer riba dinamakan Nokia Purebook tidak lama lagi.

Ia tidak diketahui lagi apakah ciri yang bakal diperkenalkan melalui Nokia Purebook ini. Daripada terma pemasaran yang digunakan, Nokia Purebook dijangka menawarkan rekaan yang ringan, tetapi berkuasa tinggi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan komputer riba pertama Nokia ini tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd