Mizz Nina Juga Memasuki Arena Teknologi Menerusi Aplikasi ‘Qalby’

Mizz Nina Juga Memasuki Arena Teknologi Menerusi Aplikasi ‘Qalby’

Diterbitkan pada Dis 8, 2020 oleh .

Media sosial kita kini dibanjiri dengan berita mengenai Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman yang dikatakan turut hadir dengan aplikasi tersendiri menerusi Qalby App. Ia merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan gaya hidup Muslim yang merangkumi aspek kerohanian dalam memudahkan amalan kehidupan seharian.

Melaluinya, pelbagai ciri boleh ditemui – ia termasuklah informasi waktu solat, petunjuk arah kiblat, himpunan doa dan ayat al-Quran berserta terjemahan, e-journal juga berfungsi sebagai agenda harian dan banyak lagi. Dari segi penampilan, kami mendapati antaramukanya dilihat menarik dengan kombinasi warna yang cantik. Selain itu, aplikasi ini juga dilihat mesra pengguna yang mana sangat mudah untuk difahami dan dipelajari.

Mizz Nina menerusi sebuah entri di Instagramnya berkata, idea untuk penciptaan aplikasi ini diinspirasikan daripada kelas tafsir Ta’leem al-Quran yang dihadirinya sekitar tahun 2018 yang lalu.

Difahamkan juga, sebelum ini ia tersedia untuk pengguna Android. Namun, kini telah diperluaskan untuk pengguna iOS. Bagi yang berminat, anda boleh muat turun aplikasi ini menerusi Google Play Store serta App Store dan ketersediaan adalah percuma.

The Noor App

Imbas kembali, Neelofa juga sebelum ini dikatakan bakal hadir dengan aplikasi tersendiri iaitu The Noor sekitar Januari depan. Kita boleh katakan, pengenalan aplikasi-aplikasi ini bakal memberi kesan positif kepada pengguna.

Ditambah pula, masih ada antara kita yang ‘dihantui’ dengan kontroversi melibatkan satu aplikasi informasi waktu solat terkenal sebelum ini. Jadinya, pengguna kini mempunyai lebih banyak alternatif untuk dijadikan sebagai rujukan.

Muat-Turun Qalby untuk iPhone

Muat-Turun Qalby untuk Android



Paling Popular