WhatsApp Menambah Ciri Bakul Pembelian Dalam Aplikasi

Diterbitkan pada Dis 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sendiri boleh lihat WhatsApp kini bukan sahaja terhad untuk aplikasi pemesejan. Tetapi juga berfungsi sebagai medium untuk tujuan penjualan dan pembelian. Terkini, mereka dilihat telah menambah satu butang khusus untuk bakul pembelian (Add To Cart) bagi memudahkan lagi proses membeli-belah di aplikasi.

Melaluinya, ia dapat membantu pengguna untuk berbelanja dengan lebih efektif – di mana, pengguna boleh melayari katalog, kemudian memilih sejumlah barang untuk dibeli dan menghantar pesanan dalam satu mesej sahaja kepada peniaga. Ciri ini bukan sahaja memudahkan pengguna.

Malah, dapat membantu peniaga untuk berhubung dengan lebih baik bersama pembeli. Kemaskini ini telah ditawarkan secara meluas termasuk untuk pengguna di Malaysia. Jika anda masih belum dapat mengaksesnya, kemas kini aplikasi WhatsApp anda terlebih dahulu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami