Samsung Galaxy Unpacked 2021 Dilaporkan Akan Berlangsung Pada 14 Januari 2021

Samsung Galaxy Unpacked 2021 Dilaporkan Akan Berlangsung Pada 14 Januari 2021

Diterbitkan pada Dis 9, 2020 oleh .

Sebentar tadi, video acah Samsung Galaxy S21 telah pun tertiris. Dalam video ini, ia memperlihatkan kesemua peranti dalam siri ini, iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Rekaan diperlihatkan adalah dengan bonggol kamera yang besar diletakkan pada bucu atas kiri kesemua peranti dengan S21 Ultra mempunyai bonggol terbesar kerana sistem kuad-kamera. Berita baik yang dapat dilihat ialah bonggolnya besar tetapi tidak setinggi tahun lalu.

Galaxy Unpacked
Unpacked Galaxy S20 FE

Terkini, Samsung dilaporkan akan mengadakan acara Galaxy Unpacked 2021 mereka pada 14 Januari 2021. Ini selari dengan laporan sebelum ini yang menyatakan, Galaxy S21 akan dilancarkan lebih awal berbanding sebelumnya. Galaxy S21 dilaporkan akan hadir dengan dua variasi, satu dengan cip Exynos 2100 dan satu lagi Snapdragon 888. Siri Galaxy S21 ini juga dikatakan akan mempunyai sokongan S-Pen. Tetapi daripada video acah yang tertiris, S-Pen tidak kelihatan. Mungkin ia hanya menyokong S-Pen dan stilus ini akan dijual secara berasingan.

Produk lain yang akan dilancarkan pada acara ini, berkemungkinan besar adalah Samsung Galaxy Buds Pro. Ia adalah TWS baharu yang tidak lagi menggunakan rekaan “kacang”, tetapi mungkin kekal dengan fungsi seperti pembatalan hingar aktif.



Paling Popular