Kesalahan Pendaftaran Kad-SIM Palsu – Digi, Maxis, U Mobile, TuneTalk Dan YTL Didenda

Diterbitkan pada Dis 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lima syarikat telekomunikasi tempatan telah menerima 15 saman kompaun sebanyak RM750,000 kerana gagal mengesahkan maklumat pengguna yang membeli nombor pra-bayar.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan audit di tiga negeri, termasuklah Pahang, Kelantan dan Terengganu sepanjang bulan Ogos dan Oktober 2020 dan mendapati bahawa lima syarikat telekomunikasi ini gagal mengesahkan maklumat pengguna apabula nombor-nombor pra-bayar mereka dibeli melalui pengedar.

Kegagalan untuk membuat pengesahan ini adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang
memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau
penjara dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut SKMM lagi, syarikat yang menerima jumlah saman yang terbesar ialah Digi Telecommunicatons Sdn Bhd yang menerima lima kompaun bernilai RM250,000, diikuti Maxis Broadband Sdn Bhd dengan empat kompaun bernilai RM200,000, U Mobile Sdn Bhd dengan tiga kompaun bernilai RM150,000, Tune Talk Sdn Bhd dengan dua kompaun bernilai RM100,000 dan YTL Communications Sdn Bhd dengan satu kompaun bernilai RM50,000.

Audit dan kompaun ini dikeluarkan SKMM kerana terdapat banyak isu dimana nombor pra-bayar yang dibeli menggunakan identiti orang lain sebagai satu cara untuk menjalankan skim penipuan yang sangat sukar untuk dijejak.

Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan sepatutnya menjalankan tanggungjawab untuk mengesahkan identiti pembeli nombor pra-bayar untuk mengelakkan isu tersilap ataupun kecurian identiti seperti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami