Syarikat Disebalik WordPress Mengambil-Alih MailPoet – Memudahkan Pemasaran Melalui Emel

Diterbitkan pada Dis 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Automattic merupakan salah satu syarikat internet yang popular dengan pembangunan sistem pengurusan kandungan, WordPress. Selain untuk penerbitan web, mereka turut mempunyai penawaran untuk edagang dinamakan WooCommerce.

Kini, melengkapkan lagi penawaran dibawah mereka, Automattic telah pun mengambil-alih MailPoet, salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengurusan pemasaran melalui emel.

MailPoet digunakan oleh lebih 300,000 laman web pada hari ini – terutamanya dalam menguruskan emel pelanggan, termasuk untuk memberitahu berkenaan transaksi, selain turut digunakan untuk pemasaran kepada pelanggan.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan memudahkan lagi pemilik perkhidmatan edagang berasaskan WordPress untuk mengintegrasikan pelbagai perkara tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan yang lain.

Layari : MailPoet

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami