Jepun Inginkan Pembangunan Kecerdasan Buatan Dalam Membantu Rakyat Menemui Pasangan Cinta

Jepun Inginkan Pembangunan Kecerdasan Buatan Dalam Membantu Rakyat Menemui Pasangan Cinta

Diterbitkan pada Dis 9, 2020 oleh .

Jepun kini merancang untuk meningkatkan kadar kelahiran dalam negara berkenaan, melalui pelaburan dalam kecerdasan buatan yang membantu rakyat untuk menemui pasangan mereka.

Langkah ini selari dengan kadar kelahiran negara berkenaan yang semakin menurun dari tahun ke tahun. Untuk mengatasi masalah ini, Jepun akan menawarkan subsidi kepada kerajaan tempatan yang membangunkan kecerdasan buatan dalam memudahkan rakyat menemui cinta mereka.

Dana yang disediakan oleh Jepun ini dijangka akan mengambil kira sejumlah faktor dalam membuat padanan pasangan, termasuk faktor seperti hobi, nilai dan sebagainya – selain hanya melihat kepada umur dan pendapatan seperti pada beberapa sistem sedia ada hari ini.

Apa pun, langkah ini turut menerima kritikan ramai. Ada yang  berpendapat kerajaan Jepun perlu lebih memfokuskan pemberian dana dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan orang muda, berbanding memfokuskan kepada penemuan pasangan. Ini kerana, terdapat beberapa laporan mengatakan orang muda di Jepun tidak berminat untuk bercinta kerana kadar pendapatan yang rendah.


Paling Popular