Tangkapan Layar Pada Peranti Google Pixel Kini Sepantas iPhone

Diterbitkan pada Dis 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Walaupun saya banyak menggunakan Android, kerana ia mampat dengan fungsi dan ciri yang menarik, saya masih gemar menggunakan iPhone kerana sistem operasi yang ringkas dan mudah digunakan. Antara kegemaran saya adalah melakukan tangkapan layar, yang mana iPhone amat pantas dan ringkas.

Android biasanya mengambil masa beberapa saat, kerana menawarkan fungsi suntingan, tangkapan layar memanjang dan banyak lagi. Dalam kemaskini tampalan sekuriti Disember dan Pixel Feature Drop baharu – tangkapan layar pada peranti Pixel kini sepantas iPhone. Tekan sahaja butang kuasa dan butang aras suara bawah serentak untuk tangkapan layar dan ia terus selesai. Tiada lagi skrin menyala yang lama atau peralihan animasi yang perlahan.

Pixel juga akhirnya mempunyai banyak fungsi ketika melakukan tangkapan layar, seperti boleh terus kongsi dan sunting.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami