YouTube Gaming Kini Mempunyai Lebih 40 Juta Saluran, Tontonan Kandungan Permainan Melangkaui 100 Bilion Jam Pada 2020

YouTube Gaming Kini Mempunyai Lebih 40 Juta Saluran, Tontonan Kandungan Permainan Melangkaui 100 Bilion Jam Pada 2020

Diterbitkan pada Dis 9, 2020 oleh .

YouTube merupakan salah satu destinasi memfokuskan video yang popular dikalangan ramai pengguna seluruh dunia. Hari ini, YouTube berkongsi sejumlah perkara menarik berkaitan arena permainan video dibawah YouTube Gaming.

YouTube kini mengatakan kini mereka mempunyai lebih 40 juta saluran aktif yang memfokuskan kepada kandungan permainan video. Sekitar 80,000 daripadanya telah pun mencapai lebih 100,000 pelanggan untuk saluran masing-masing.

Pada masa yang sama, kandungan memfokuskan permainan video memperlihatkan tontonan melangkaui 100 bilion jam pada tahun 2020 ini.

Daripada permainan yang distrim melalui YouTube Gaming, Minecraft adalah yang paling popular dengan 201 bilion tontonan, diikuti oleh Roblox, Free Fire, Grand Theft Auto V dan juga Fortnite.

Bergerak kehadapan, kini Google juga turut memfokuskan kepada penawaran Stadia – yang dijangka akan terus menambah kandungan yang diterbitkan melalui YouTube Gaming ini kelak.



Paling Popular