Everest ialah gunung tertinggi dunia yang menjadi idaman peminat sukan mendaki gunung. Minggu ini, ketinggian sebenar Everest akhirnya disahkan sebagai 8,848.86 meter dan ini adalah 0.86 meter lebih tinggi berbanding ketinggian rasmi sebelum ini.
Ketinggian rasmi ini disahkan dan dipersetujui oleh pasukan ukur dari China serta Nepal semalam. Sebelum ini China memberikan bacaan 4 meter lebih rendah kerana tidak mengambil kiri ketinggian benteng salji di puncak.
Bacaan baru diambil selepas gempa bumi Nepal pada tahun 2015 dipercayai mendatangkan kesan ke atas ketinggian Everet. Everest masih lagi membesar pada kadar setengah meter setiap tahun kerana pertembungan plat tektonik bumi.
Untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat, 12 bacaan diambil dari beberapa lokasi di sepanjang banjaran Himalaya. Sebuah pemancar dengan GPS diletakkan pada puncak Everest tahun lalu untuk mendapatkan lokasi puncak. Berdasarkan teori trigonometri, ketinggian sebenar akhirnya dapat disahkan.