Gambar Kegemaran Apple Photos Kini Diselarikan Dengan Google Photos

Gambar Kegemaran Apple Photos Kini Diselarikan Dengan Google Photos

Diterbitkan pada Dis 9, 2020 oleh .

Dahulu, Apple dan Google kerap bermusuh dan ejek-mengejek antara satu sama lain. Tahun demi tahun, teknologi semakin berkembang, ekosistem semakin efisien – banyak sahaja perkara yang Apple dan Google bekerjasama.

Terkini, Google bekerjasama dengan Apple untuk membenarkan gambar kegemaran pengguna diselarikan di antara Apple Photos dan Google Photos. Ini bermakna, gambar yang anda suka atau gemar (ikon hati) dalam Apple Photos – ganmbar dalam Google Photos turut akan ditetapkan sebagai gambar kegemaran (ikon bintang).

Kelebihan gambar kegemaran ini adalah, satu album khas akan dijana untuk memaparkan semua gambar kegemaran. Fungsi ini akan memudahkan lagi pengguna, kerana apabila suka gambar di dalam Apple Photos – pengguna boleh terus lihat di peranti lain atau komputer melalui Google Photos dengan mudah dan melihat gambar yang sama tanpa perlu mencari gambar yang sama sekali lagi.


Paling Popular