Carian
Spotify Kelak Boleh Melangkau Saat Senyap Di Dalam Podcast
December 9, 2020 Fahim Zahar

Spotify baru-baru ini mula memfokuskan kepada podcast, kerana mereka nampak masa depan podcast ini boleh berkembang lebih maju lagi. Banyak dana tekah dikeluarkan serta banyak kerjasama dan kolaborasi dilakukan untuk pengguna lebih seronok mendengar podcast di dalam Spotify.

Pernah atau tidak, sedang anda mendengar podcast akan ada saat-saat yang sunyi atau senyap seperti hos bertanya soalan kepada tetamu jemputan dan tetamu mengambil masa untuk menjawab soalan tersebut? Kelak, Spotify boleh melangkau saat senyap ini melalui fungsi Trim Silence. Tidak jelas lagi bagaimana fungsi ini berfungsi, adakah untuk penstriman atas talian atau muat turun luar talian? Teknologi apakah yang Spotify gunakan untuk mengenalpasti saat senyap ini dan kemudian memotongnya?

Tidak pasti lagi, bila fungsi ini diedarkan. Spotify turut boleh menguji fungsi ini melalui ujian A/B dan selepas menerima maklum balas positif barulah diedarkan secara meluas. Jika anda pendengar podcast, ini mungkin satu fungsi yang amat berguna.

Komen