Cari @ Amanz

Masalah utama bateri Li-Ion ialah ianya sensitif kepada tekanan serta lenturan yang boleh menyebabkan ia meletup. Ini juga penyebab mengapa sehingga kini tiada sistem bateri yang boleh digunakan pada tali jam misalnya untuk memberikan hayat penggunaan yang lebih lama.

Tetapi penyelidik dari University of California San Diego telah berjaya menghasilkan bateri yang bukan sahaja boleh dilentur dam ditarik tetapi mempunyai kepadatan kuasa di antara 5-10 kali lebih tinggi berbanding Li-Ion. Ia dibangunkan khusus untuk peranti boleh pakai dan yang menggunakan skrin boleh lentur di masa hadapan.

Bateri oksida perak dan zink ini juga mudah dihasilkan menerusi teknik cetakan. Kelengkapan steril dan vakum juga tidak diperlukan. Dengan bateri ini, peralatan elektronik yang lebih nipis boleh dihasilkan tanpa batasan ketebalan bateri bulat yang digunapakai sekarang. Dalam ujian yang dilakukan, bateri boleh mengekalkan kapasiti kuasa selepas dicas sebanyak 80 kali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd