EBN Hadir Dengan ESports City – Fasiliti Esukan Terbesar Rantau Asia Tenggara Di Quill City Mall, Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Dis 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Esports Business Network (EBN) kini telah melancarkan Esports City pertama di Kuala Lumpur, sekaligus ingin menjadikannya sebagai salah satu destinasi utama untuk pelbagai urusan berkaitan esukan.

Esports City ini terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur, dan diperkatakan sebagai fasiliti esukan terbesar di rantau Asia Tenggara. Esports City ini meliputi kawasan seluas 65,000 kaki persegi.

Kawasan ini turut diliputi dengan arena untuk acara yang boleh menyokong seramai 1000 hadirin, selain dilengkapi sokongan siaran langsung untuk pelbagai acara esukan. Esports City ini juga turut menjadi lokasi tumpuan untuk kelab Orange Esports, selain syarikat pemasaran The Gaming Co.

Pada masa yang sama, kerjasama Riot Games turut diumumkan untuk memperluaskan penawaran kejohanan Valorant di Malaysia dan Singapura.

Dengan pengenalan ini, Esports City juga menyasarkan untuk menjadi pusat sehenti untuk pelbagai perkara berkaitan esukan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami