Carl Pei, Pengasas OnePlus Memulakan Syarikat Baru – Turut Dilabur Oleh Bapa iPod Dan Casey Neistat

Diterbitkan pada Dis 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Carl Pei merupakan salah seorang pengasas syarikat telefon popular, OnePlus. Beberapa bulan lepas, beliau telah meninggalkan OnePlus – dan ketika itu Carl Pei tidak berkongsi sebarang perkara berkenaan dengan perancangan baru beliau.

Apa pun, kini ia dilaporkan Carl Pei telah mengumpulkan dana sebanyak $7 juta untuk syarikat baru beliau. Menariknya, syarikat baru beliau turut menerima pelaburan daripada sejumlah pihak, termasuk Tony Fadell (pencipta iPod), youtuber terkenal Casey Neistat, Kevin Lin (pengasas Twitch), dan beberapa pihak lain.

Carl Pei masih belum mengumumkan apakah produk yang bakal dilancarkan. Mengikut laporan awal, Carl Pei diperkatakan bakal memfokuskan kepada produk berasaskan audio.

Dengan populariti beliau dengan OnePlus, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Carl Pei melalui syarikat terbaru beliau ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami