Cari @ Amanz

Pada hari ini, kita sedia melihat sejumlah kamera menyokong rakaman video HDR, disamping sokongan sama turut ditambah pada perkhidmatan perkongsian video.

Menariknya, kini YouTube membawa setapak lagi kehadapan, dan mengumumkan sokongan HDR untuk penstriman langsung. Sokongan ini sekaligus menjadikan YouTube sebagai platform pertama yang menawarkan sokongan berkenaan untuk penstriman langsung.

Seperti ramai sedia maklum, video HDR menawarkan kadar kejelasan yang lebih baik, dan dengan sokongan HDR untuk penstriman langsung, ia akan menguntungkan paparan dalam beberapa penggunaan – termasuk untuk konsert dan sebagainya.

Untuk menggunakan ciri HDR ini, pengguna hanya perlu strim dengan menggunakan encoder yang disokong, sekaligus menawarkan kualiti penstriman yang baik untuk penonton.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd