Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Pada 11 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Maybank menerusi sebuah entri di laman Facebook rasminya hari ini telah mengumumkan bahawa sejumlah perkhidmatan mereka akan tergendala pada 11 Disember ini. Antara perkhidmatan yang terlibat termasuklah ;

  • Maybank2u & pembayaran atas talian
  • Aplikasi MAE
  • Aplikasi QRPay Biz
  • Aplikasi Maybank Wealth
  • Pembayaran FPX
  • IVR
  • Transaksi kad debit
  • Mesin ATM
  • Mesin Smart Recycler Machine (SRM)
  • Mesin deposit cek
Maybank

Difahamkan, kesemua perkhidmatan yang tersenarai tidak akan dapat diakses di antara jam 11:30 – 11:59 malam pada tempoh tersebut. Pada masa sama, pihak Maybank juga tidak pula menyatakan secara khusus berhubung sebab berlakunya permasalahan ini. Tetapi, ini mungkin disebabkan oleh persediaan untuk jualan tahunan 12.12 yang akan berlangsung. Mereka juga memohon maaf dan menyarankan orang ramai untuk membuat sebarang transaksi lebih awal.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami