Lebih 130 Bilion Aplikasi Dijangka Dimuat-Turun Sepanjang 2020 Di Android Dan iOS

Diterbitkan pada Dis 9, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AppStore dan Google Play Store merupakan dua destinasi yang sering dituju ramai dalam memuat-turun aplikasi untuk peranti mudah-alih. Melalui analisa AppAnnie, kini firma berkenaan menyasarkan sekitar 130 bilion aplikasi dijangka telah dimuat-turun sepanjang 2020 ini melalui kedua-dua kedai aplikasi berkenaan.

Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan 10% berbanding tahun lepas, dan perbelanjaan pengguna pada kedai aplikasi juga dijangka meningkat 25% – menyasarkan bernilai sekitar $112 bilion pada tahun 2020 ini.

Ia diperkatakan tahun ini menyaksikan permintaan tinggi dalam penggunaan aplikasi mudah-alih – antaranya adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang membuatkan orang ramai bekerja dari rumah, dan melakukan aktiviti pembelajaran dari rumah.

App Annie turut menyasarkan pengguna Android menghabiskan masa sekitar 3.3 trilion jam pada peranti mereka sepanjang 2020 ini – memperlihatkan peningkatan sebanyak 25%.

Untuk makluman, angka ini adalah daripada firma penganalisa App Annie, dan angka yang dikeluarkan ini tidak menyertakan kedai aplikasi pihak ketiga lain – terutamanya di China.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami