Carian
Vivo X60 Dijangka Menggunakan Cip Exynos 1080, Vivo X60 Pro+ Dengan Snapdragon 888
December 9, 2020 Aman

Samsung telah pun memperkenalkan cip Exynos 1080 pada bulan lepas, memperlihatkan cip berasaskan binaan 5nm, selain menawarkan sejumlah sokongan baru – termasuk sokongan 5G dan juga kamera utama sehingga 200MP.

VIvo sedia mengesahkan bakal menjadi yang terawal hadir dengan cip pemprosesan berkenaan, dan model yang akan menggunakannya adalah Vivo X60.

Tiga model bakal diperkenalkan, iaitu Vivo X60, Vivo X60 Pro dan juga Vivo X60 Pro+. Vivo X60 dan Vivo X60 Pro akan dijana menggunakan cip Exynos 1080 daripada Samsung, sementara Vivo X60 Pro+ pula akan hadir dengan cip Qualcomm terbaru, iaitu Snapdragon 888.

Siri telefon pintar Vivo X60 ini juga akan dilengkapi dengan sistem kamera gimbal dalam memudahkan rakaman gambar dan video dengan stabil.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Komen