Cari @ Amanz

Sony hari ini mengumumkan yang mana Funimation, salah satu syarikat memmfokuskan anime dibawah Sony telah mengambil-alih Crunchyroll pada nilai $1.175 bilion – sekaligus menyertai keluarga Sony Pictures Entertainment.

Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus memperlihatkan Sony memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena anime – termasuk mengabungkan kepakaran bersama Funimation, Aniplex dan juga Sony Music Entertainment Japan.

Crunchyroll sedia mempunyai sekitar 70 juta ahli percuma, dan 3 juta ahli berbayar. Perkhidmatan ini telah dimulakan sekitar 2006 yang lepas. Selain penstriman anime, Crunchyroll turut menawarkan perkhidmatan manga, dan juga sejumlah jualan barangan berkaitan anime.

Dengan pengambil-alihan ini, Sony dijangka akan terus memfokuskan kepada memperluaskan penawaran kepada pasaran global – sekaligus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena anime – yang kini turut diceburi oleh Netflix.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd