Tetikus Cooler Master MM831 Dengan Ciri Pengecasan Nirwayar Qi Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM299

Diterbitkan pada Dis 10, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cooler Master ialah jenama aksesori dan perkakasan komputer yang cukup terkenal sekali. Dari kipas komputer, ke bekalan kuasa dan kerusi gaming, jenis barangan gaming yang dijual mereka sangatlah pelbagai.

Terkini, Cooler Master Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk sebuah produk baru yang dinamakan Cooler Master MM831 iaitu tetikus gaming nirwayar yang hadir dengan beberapa ciri yang menarik.

Tetikus CM MM831 ini hadir dipadatkan dengan komponen-komponen seperti sensor PixArt dengan nilai penjejakan pergerakan setinggi 32,000DPI, penggunaan suis Omron dan penutup butang PBT bersama-sama dengan sistem pencahayaan RGB yang boleh diubahsuai menggunakan perisian Cooler Master.

Ia juga merupakan sebuah tetikus nirwayar yang hadir dengan dua pilihan sambungan nirwayar, iaitu WiFi 2.4GHz dan Bluetooth 4.2, bergantung kepada sambungan manakah lebih baik untuk anda.

Lebih menarik lagi, tetikus ini dilengkapi dengan bateri 800mAH yang boleh dicas menggunakan kabel jika diingini, ataupun dengan meletakkan sahaja tetikus ini diatas sebuah pengecas nirwayar Qi. Cooler Master mengatakan bahawa tetikus ini menyokong pengecas nirwayar Qi sehingga versi 1.2.

Tetikus Cooler Master MM831 ini sudahpun tiba di pasaran tempatan dan boleh dibeli pada harga RM299 di kedai atas talian Cooler Master di Lazada ataupun Shopee atau kedai-kedai komputer fizikal berdekatan anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami