Selama lebih 400 tahun, Perancis ialah antara negara yang mempunyai angkatan laut yang terkuat di dunia. Kekuatan ini digunakan untuk mengembangkan empayar serta menyebabkan beberapa pertempuran dengan musuh tradisi England. Presiden Macron minggu ini telah mengumumkan Perancis akan membina sebuah lagi kapal pengangkut pesawat yang menggunakan kuasa nuklear.

Ini meletakkan Perancis sebagai negara kedua selepas Amerika Syarikat yang mempunyai kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear. Pada waktu ini mereka mempunyai hanya satu pesawat pengangkut nuklear iaitu Charles de Gaulle dari kelas Clemenceau. Kapal kedua yang masih belum diumumkan namanya ini adalah dari kelas yang lain
Perbezaan terletak pada saiz yang lebih besar (75,000 tan vs 42,500 tan) dan lebih panjang (300 m vs 262 m). Sebagai kapal pengangkut generasi baru, ia turut akan menggunakan sistem pelancar pesawat elektromagnetik (EMALS). Sekali lagi Perancis menjadi negara kedua menggunakan EMALS selepas A.S.

EMALS mempunyai kelebihan berbanding sistem pelancar stim sedia ada kerana memberikan lontaran lebih berkuasa dan pantas. Masa menanti untuk tekanan stim yang cukup tidak diperlukan. Tetapi sistem ini masih mempunyai beberapa masalah dengan ujian awal pada USS Gerald R Ford mengalami kegagalan sekitar 10% yang lebih tinggi berbanding pelancar stim.
Pengumuman telah dilakukan tetapi kapal di bawah program Porte Avion Nouvelle Generation (PANG) ini hanya akan mula dibina pada tahun 2025 dengan perangan memulakan operasi pada tahun 2038. Pada waktu ini Charles de Gaulle akan dibersarakan selepas telah beroperasi sejak 2001.