Cari @ Amanz

Lightroom Kini Berfungsi Secara Natif Pada Peranti Apple M1 Dan Windows ARM

Link Copied!

Pengenalan cip Apple M1 membuka persoalan sama ada aplikasi semasa akan dapat beroperasi tanpa masalah. Semalam Adobe mengumumkan bukan sahaja Lightroom kini berfungsi secara natif pada peranti dengan Apple M1, ia juga pada peranti yang menggunakan Windows On ARM.

Dengan sokongan natif, aplikasi dapat beroperasi dengan lebih pantas tanpa perlu menggunakan pelagak seperti Rosetta 2. Turut diumumkan ialah gambar Apple ProRAW turut boleh diimport ke dalam Lightroom, Lightroom Classic dan Camera Raw.

Pembangunan Photoshop yang direka khusus untuk Apple M1 dan Windows on ARM juga telah dimulakan. Sementara menanti pelancarannya, Photoshop telah menerima pengesahan boleh digunakan menerusi Rosetta. Dengan kesemua produk Apple M1 mula dijual di Malaysia hari ini, pembeli tidak perlu risau Lightroom akan berfungsi dengan baik ataupun tidak.


Komen ()